Tuesday, June 2, 2009

KEAJAIBAN KESAH ASHAB AL-KAHFI

Surah al-Kahf

Surah al-Kahf merupakan surah yang ebahagiannya mengesahkan pemuda-pemuda beriman yang telah ditidurkan oleh Allah s.w.t. beratus-ratus tahun lamanya di dalam gua.Maharaja Romawi yang menyembah berhala memaksa rakyat jelata untuk menyembah berhala juga, dan pemuda-pemuda ini yang jumlahnya seramai enam atau tujuh orang telah menentang arahan maharaja dan bercakap secara terang-terangan menentang arahan tersebut. Maharaja Romawi menjadi marah dan memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas mereka.

Melarikan Diri Ke Gua

Menyedari bahawa maharaja akan menangkap mereka, lalu mereka bersembunyi di dalam gua dan ditidurkan oleh Allah. Kesah ini dirakamkan oleh Allah menerusi ayat 9 Surah al-Kahfi.



Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami

dan kesah tersebut diakhiri pada ayat ke-25.



Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

Sekiranya perkataan-perkataan Arab antara perkataan am pada ayat ke-9 dengan ayat tisaa yang terdapat pada akhir ayat 25 dikira jumlah perkataannya ialah 309 perkataan! Pembaca yang kenal perkataan Arab boleh kira secara manual tetapi yang tidak boleh, boleh menggunakan perisian yang dinamakan sebagai Anycount5.0. Lihat lama web yang tertera di atas sebelan kiri berlabel AnyCount5.0 dan muat turun. Tetapi pada masa sekarang telah dikenakan bayaran. Untuk melihat dan membaca surah al-Kahfi klik laman web di sebelah atas, kanan.
.
Dan lihat pula ayat 25 Surah al-Kahfi di atas. Ayat itu bermaksud:
.
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
..
Menurut Tafsir, maksudnya ialah pemuda-pemuda tersebut tinggal selama 300 tahun, tahun Masehi atau 309 tahun, tahun hijrah. Tahun Hijrah digunakan sempena penghijrahan Nabi ke Madinah dan ia dicadangkan oleh Sainina Umar r.a. Tahun yang berdasarkan kepada lunar (bulan-qamar) memang sudah digunakan sebelum diwujudkan tahun Hijrah yang permulaannya ialah 1 Muharram. Tahun hijrah mula diperkenalkan 16 tahun selepas hijrah nabi ke Madinah, iaitu pada tahun 638 Masehi.
.
Mengapa al-Quran menyebut "tiga ratus tahun di tambah sembilan" dan ditafsirkan oleh ahli tafsir sebagai 300 tahun mengikut kiraan tahun masehi dan 309 tahun mengikut kiraan hijrah. Ingat bahawa peristiwa tersebut berlaku 400 tahun selepas Nabi Isa a.s. ataupun 200 tahun sebelum kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran menceritakan satu peristiwa yang berlaku 200 tahun sebelum kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Bagaimana al-Quran tahu bahawa 300 masehi tahun sama dengan 309 tahun hijrah.
.
1 Tahun tahun hijrah=365.24219
300 tahun=365.242X300=109,572.9
1 tahun tahun hijrah=354.367
309 tahun=354.347X309=109,493.2
Jumlah hari sekiranya dibulatkan keada ratus ribu yang paling hampir ialah 110,000 hari.
.
Cuba Fikir!
.
Apakah ini sebahagian dari perkara yang menakjubkan yang diisyaratkan oleh ayat 9? Apakah ini satu kebetulan sahaja, iaitu jumlah perkataan ialah 309 perkataan dan pemuda-pemuda yang beriman tersebut tinggal dalam gua slama 309 tahun. Apakah satu kebetulan sahaja al-Quran menyatakan 300 tahun tambah sembilan, 300 tahun masehi sama dengan 309 tahun hijrah! Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana